Tuesday, October 27, 2015

KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAN!!



Tidak sampai setahun selepas kes di mana pelajar UITM Pulau Pinang dikelar teman lelakinya kini tiba-tiba kita digemparkan lagi pula dengan kes pembunuhan seorang pelajar perempuan  SMK Teluk Kumbar 1 berumur 17 tahun bernama Intan Suraya.
Mangsa dikatakan dikelar oleh seorang remaja lelaki berumur 20 tahun di rumahnya pada awal pagi.
Suspek, Tarmizi Bin Yaakub, yang mengenali mangsa bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut dan polis juga turut menemui senjata yang digunakan untuk mengelar mangsa.
Hasil siasatan pihak polis, suspek mengaku membunuh mangsa dengan dua bilah pisau yang diambil dari rumah mangsa sebelum membuangnya ke main hole TNB di kawasan sekolah tempat dia bertugas.
Dua bilah pisau yang digunakan itu ditemui dibungkus dalam anak tudung bewarna putih yang mempunyai kesan darah dan telefon bimbit mangsa juga ditemui disembunyikan di celah pokok bunga berdekatan kawasan sekolah.
Yang lebih mengejutkan, suspek juga turut mengaku merogol mangsa sebelum membunuhnya di dalam bilik tersebut. Polis juga telah merampas pakaian suspek yang digunakan ketika kejadian (telah dibasuh)
Siasatan polis mendapati punca sebenar kejadian tersebut adalah kerana suspek cemburu dengan tindakan mangsa berkawan dengan lelaki lain.

Kadang-kadang terfikir juga di dalam hati, apakah tiada hati dan perasaan ketika melakukan perbuatan terkutuk tersebut? Hanya kerana cemburu.Sedangkan kita hendak membunuh kucing pun tidak sampai hati inikan pula manusia. Nauzubillah. Semoga kita dihindarkan daripada perkara-perkara buruk seperti itu. Al-fatihah kepada arwah Intan Suraya.

No comments:

Post a Comment