Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Saya Mohd Zulkhairi bin Othman salah seorang pelajar Universiti Utara Malaysia akan berkongsi serba sedikit mengenai isu-isu semasa di dalam blog ini. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk membincangkan tentang isu-isu semasa yang berlaku di dalam negara kita dan juga luar negara. Blog ini juga adalah sebagai memenuhi salah satu kriteria yang diperlukan untuk lulus kursus SBLM1023 Pengantar Penulisan yang diajar oleh Puan Marzalina Binti Mansor. Blog ini juga akan sentiasa diperbaharui dari masa ke semasa supaya tidak ada isu yang tertinggal.
Semoga dengan adanya blog ini dapat saya berkongsi maklumat mengenai isu semasa dengan pembaca - pembaca sekalian. Jika ada sebarang kesalahan jangan teragak-agak untuk beritahu saya ok!! =)
ISU 1.
HARGA PETROL & DIESEL
HARGA TERKINI RON97, RON95 & DIESEL UNTUK BULAN OKTOBER 2015
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Hari terakhir setiap bulan kini menjadi hari yang
dinanti-nantikan dan menjadi tanda tanya kepada pengguna kenderaan di negara
kita sama ada petrol ataupun diesel bagi mengetahui harga runcit terkini untuk
bulan baharu.
Bermula Julai yang lalu juga, Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak lagi megeluarkan apa-apa
pemberitahuan mengenai perubahan harga bahan api kepada pengguna seperti
kebiasaaannya.
Ini sekaligus menimbulkan masalah kepada pengguna kerana
pengguna akan merasa terbeban dan tidak akan sempat untuk merancang
perbelanjaan mereka. Justeru, ramai pihak mahu kerajaan mengkaji semula langkah
itu dan mahu pengumuman awal seperti bulan-bulan sebelumnya membolehka mereka lebih bersedia untuk merancang perbelanjaan mereka.

No comments:
Post a Comment