Monday, October 19, 2015

INDONESIA MOHON MAAF BERHUBUNG ISU JEREBU DI MALAYSIA



Dalam satu siding media di Kuala Luimpur, ahli Parlimen Indonesia iaitu Hamdhani Mukhdar Said telah membuat permohonan maaf berhubung masalah jerebu yang sedang menyelebungi Malaysia dan juga rantau ini.

Beliau yang bertanggungjawab ke atas hubungan antarabangsa dan alam sekitar berkata, beliau akan membangkitkan isu ini di Parlimen Indonesia bagi membolehkan lebih banyak usaha dilakukan untk menangani keadaan jerebu yang meruncing.

“Jerebu pada tahun ini yang disebabkan oleh kemarau yang berpanjangan dan juga aktiviti pembakaran yang tidak terkawal memberi kesan kepada bahagian Sumatera dan Kalimantan.” Katanya kepada pemberita ketika Perhimpunan Agung Atara Parlimen ASEAN (AIPA).

Beliau juga berkata kerajaan pusat Indonesia memperuntukkan sebanyak AS$1 juta untuk wilayah yang terjejas oleh kebakaran hutan dan tanah gambut.

Jerebu yang melanda Malaysia juga adalah akibat pembakaran hutan di Indonesia untuk penanaman kelapa sawit.

No comments:

Post a Comment