ISU SYRIA : DI
MANAKAH NILAI KEMANUSIAAN MANUSIA???
Syria yang telah merdeka dari penjajahan Perancis pada
1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafeez
Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diiikuti oleh anaknya Basyar
Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria sehingga kini telah menjadi
negara yan diperintah oleh diktator.
Konflik yang berlaku di Syria telah memaksa rakyatnya
keluar mencari perlindungan di negara jiran termasuk sehingga ke rantau Eropah.
Mereka terpaksa melalui pelbagai onak dan duri seperti
melalui jalan laut sekiranya terdapat halangan di jalan darat demi menuju ke
destinasi yang diingini dan juga untuk kehidupan yang lebih baik.
Pengarah Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfudin Zainal Abidin berkata majoriti pelarian Syria memilih benua Eropah kerana merasakan
peluang lebih baik di situ untuk memastikan kelangsungan hidup.
Zairul juga berkata, sepanjang tahun lalu sahaja lebih 200
ribu pelarian memasuki Eropah. Kebanjiran pelarian itu mendorong bantuan
kemanusiaan dalam skala besar diberikan bagi mengelak mereka terjerumus ke
kancah krisis terburuk.
Islamic Relief Italy juga telah membantu lima ribu
kelarga seperti keperluan makan, pakaian, diri dan sebagainya.
“Islamic Relief Italy juga memfokuskan misi kemanusiaan
di bandar-bandar besar Italy seperti Milan, Rome dan juga Bologna yang
diketahui akan dilalui oleh pelarian Syria untuk meneruskan perjalanan. Mereka
juga sempat mengedarkan daging korban dari Malaysia kepada pelarian Syria yang
dibantu.” Kata Zairul lagi.

No comments:
Post a Comment