Tuesday, October 27, 2015

KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAN!!



Tidak sampai setahun selepas kes di mana pelajar UITM Pulau Pinang dikelar teman lelakinya kini tiba-tiba kita digemparkan lagi pula dengan kes pembunuhan seorang pelajar perempuan  SMK Teluk Kumbar 1 berumur 17 tahun bernama Intan Suraya.
Mangsa dikatakan dikelar oleh seorang remaja lelaki berumur 20 tahun di rumahnya pada awal pagi.
Suspek, Tarmizi Bin Yaakub, yang mengenali mangsa bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut dan polis juga turut menemui senjata yang digunakan untuk mengelar mangsa.
Hasil siasatan pihak polis, suspek mengaku membunuh mangsa dengan dua bilah pisau yang diambil dari rumah mangsa sebelum membuangnya ke main hole TNB di kawasan sekolah tempat dia bertugas.
Dua bilah pisau yang digunakan itu ditemui dibungkus dalam anak tudung bewarna putih yang mempunyai kesan darah dan telefon bimbit mangsa juga ditemui disembunyikan di celah pokok bunga berdekatan kawasan sekolah.
Yang lebih mengejutkan, suspek juga turut mengaku merogol mangsa sebelum membunuhnya di dalam bilik tersebut. Polis juga telah merampas pakaian suspek yang digunakan ketika kejadian (telah dibasuh)
Siasatan polis mendapati punca sebenar kejadian tersebut adalah kerana suspek cemburu dengan tindakan mangsa berkawan dengan lelaki lain.

Kadang-kadang terfikir juga di dalam hati, apakah tiada hati dan perasaan ketika melakukan perbuatan terkutuk tersebut? Hanya kerana cemburu.Sedangkan kita hendak membunuh kucing pun tidak sampai hati inikan pula manusia. Nauzubillah. Semoga kita dihindarkan daripada perkara-perkara buruk seperti itu. Al-fatihah kepada arwah Intan Suraya.

Monday, October 19, 2015

ISU SYRIA : DI MANAKAH NILAI KEMANUSIAAN MANUSIA???






Syria yang telah merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafeez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diiikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria sehingga kini telah menjadi negara yan diperintah oleh diktator.

Konflik yang berlaku di Syria telah memaksa rakyatnya keluar mencari perlindungan di negara jiran termasuk sehingga ke rantau Eropah.

Mereka terpaksa melalui pelbagai onak dan duri seperti melalui jalan laut sekiranya terdapat halangan di jalan darat demi menuju ke destinasi yang diingini dan juga untuk kehidupan yang lebih baik.

Pengarah Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfudin Zainal Abidin berkata majoriti pelarian Syria memilih benua Eropah kerana merasakan peluang lebih baik di situ untuk memastikan kelangsungan hidup.

Zairul juga berkata, sepanjang tahun lalu sahaja lebih 200 ribu pelarian memasuki Eropah. Kebanjiran pelarian itu mendorong bantuan kemanusiaan dalam skala besar diberikan bagi mengelak mereka terjerumus ke kancah krisis terburuk.

Islamic Relief Italy juga telah membantu lima ribu kelarga seperti keperluan makan, pakaian, diri dan sebagainya.


“Islamic Relief Italy juga memfokuskan misi kemanusiaan di bandar-bandar besar Italy seperti Milan, Rome dan juga Bologna yang diketahui akan dilalui oleh pelarian Syria untuk meneruskan perjalanan. Mereka juga sempat mengedarkan daging korban dari Malaysia kepada pelarian Syria yang dibantu.” Kata Zairul lagi.
INDONESIA MOHON MAAF BERHUBUNG ISU JEREBU DI MALAYSIA



Dalam satu siding media di Kuala Luimpur, ahli Parlimen Indonesia iaitu Hamdhani Mukhdar Said telah membuat permohonan maaf berhubung masalah jerebu yang sedang menyelebungi Malaysia dan juga rantau ini.

Beliau yang bertanggungjawab ke atas hubungan antarabangsa dan alam sekitar berkata, beliau akan membangkitkan isu ini di Parlimen Indonesia bagi membolehkan lebih banyak usaha dilakukan untk menangani keadaan jerebu yang meruncing.

“Jerebu pada tahun ini yang disebabkan oleh kemarau yang berpanjangan dan juga aktiviti pembakaran yang tidak terkawal memberi kesan kepada bahagian Sumatera dan Kalimantan.” Katanya kepada pemberita ketika Perhimpunan Agung Atara Parlimen ASEAN (AIPA).

Beliau juga berkata kerajaan pusat Indonesia memperuntukkan sebanyak AS$1 juta untuk wilayah yang terjejas oleh kebakaran hutan dan tanah gambut.

Jerebu yang melanda Malaysia juga adalah akibat pembakaran hutan di Indonesia untuk penanaman kelapa sawit.

Sunday, October 4, 2015

ISU SEMASA


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Saya Mohd Zulkhairi bin Othman salah seorang pelajar Universiti Utara Malaysia akan berkongsi serba sedikit  mengenai isu-isu semasa di dalam blog ini. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk membincangkan tentang isu-isu semasa yang berlaku di dalam negara kita dan juga luar negara. Blog ini juga adalah sebagai memenuhi salah satu kriteria yang diperlukan untuk lulus kursus SBLM1023 Pengantar Penulisan yang diajar oleh Puan Marzalina Binti Mansor. Blog ini juga akan sentiasa diperbaharui dari masa ke semasa supaya tidak ada isu yang tertinggal.

Semoga dengan adanya blog ini dapat saya berkongsi maklumat mengenai isu semasa dengan pembaca - pembaca sekalian. Jika ada sebarang kesalahan jangan teragak-agak untuk beritahu saya ok!! =)

ISU 1.

HARGA PETROL & DIESEL

HARGA TERKINI RON97, RON95 & DIESEL UNTUK BULAN OKTOBER 2015


BULAN        RON95 (SELITER)        RON97 (SELITER)          DIESEL (SELITER)
JANUARI RM1.91 RM2.11 RM1.93
FEBRUARI RM1.70 RM2.00 RM1.70
MAC RM1.95 RM2.25 RM1.95
APRIL RM1.95 RM2.25 RM1.95
MEI RM1.95 RM2.25 RM1.95
JUN RM2.05 RM2.35 RM2.05
JULAI RM2.15 RM2.35 RM2.05
OGOS RM2.05 RM2.45 RM1.95
SEPTEMBER RM1.95 RM2.35 RM1.80
OKTOBER RM2.05 RM2.45 RM1.90
Hari terakhir setiap bulan kini menjadi hari yang dinanti-nantikan dan menjadi tanda tanya kepada pengguna kenderaan di negara kita sama ada petrol ataupun diesel bagi mengetahui harga runcit terkini untuk bulan baharu.

Bermula Julai yang lalu juga, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak lagi megeluarkan apa-apa pemberitahuan mengenai perubahan harga bahan api kepada pengguna seperti kebiasaaannya.



Ini sekaligus menimbulkan masalah kepada pengguna kerana pengguna akan merasa terbeban dan tidak akan sempat untuk merancang perbelanjaan mereka. Justeru, ramai pihak mahu kerajaan mengkaji semula langkah itu dan mahu pengumuman awal seperti bulan-bulan sebelumnya membolehka mereka lebih bersedia untuk merancang perbelanjaan mereka.